Kedai Repair Ipad, Iphone dan Smartphone Paling Murah di KL dan Bandar Kinrara

Setelah sekian lama guna Iphone4 tanpa sebarang problem, lebih 4 tahun..tapi akhirnya tumpas juga. On the way nak pergi Paradigm Mall Kelana Jaya, tetiba keluar line kat screen. Ni confirm LCD problem. Kebetulan pulak Iphone 6 baru release.. terus tangkap Iphone 6 kat MacStudio Paradigm Mall. iphone_4_line_screen Iphone 4 tu..setelah 1 bulan rosak..baru hari Jumaat lepas hantar kedai untuk repair. Sebelum ni dah selalu hantar Iphone and Ipad repair ni, terutama nya Ipad sebab selalu glass crack. Ada 2 tempat favourite untuk hantar repair Iphone dan Ipad ni.. Tempat repair paling murah ada kat Pertama Kompleks. Nama kedai dia Wap-In Teleshop. Terletak kat Ground floor betul-betul belakang food court yang sebelah dengan Sogo. Kedai ni memang murah dan dia repair on the spot. Ipad 2 digitizer crack atau gelas ipad pecah cuma RM70 dan termasuk upah jadi RM120 (Upah dalam RM40~RM50). Kalau kedai lain, mau dia charge RM200 lebih. Yang charge RM700 pun ada..Hampeh.. Lain-lain macam Wifi problem.. Camera problem .. Screen not rotate problem .. dalam range RM40 ~ RM90 tak termasuk upah. Tapi kalau henjut sekaligus, dia charge upah sekali saja. Biasanya siap dalam masa 1 jam walaupun repair macam-macam. Iphone aku yang ada line kat screen tu dia minta RM115. Dan glass belakang pecah pulak lagi RM19 saja. Tangkap gambar phone dan Whatsapp je kat kedai tu. Dia terus boleh respond dengan harga. Tapi disebabkan Pertama Kompleks tu macam dok kat tengah KL dan aku pun selalu malas nak masuk KL layan traffic jam, jadi aku hantar kat satu lagi kedai repair yang bagus dan dekat dengan rumah. Kedai repair smartphone tu terletak kat tingkat 1 Giant Bandar Kinrara. Boleh cari di antara pintu masuk dan pintu Keluar Giant hypermarket tu. Kedai ni mahal sikit dari yang kat Pertama Kompleks. Kalau Ipad 2 pecah tu..dia charge RM150. Beza dalam RM30. Repair untuk rosak-rosak lain pun harga mahal sikit dalam range RM20~30. Iphone 4 aku tu, hantar kat kedai ni sebab nak cepat dan senang. Tukar LCD kena RM140 dan glass belakang kena RM30. Lepas tu..alang-alang repair, tukar sekali button Iphone 4 yang memang selalu problem tu. Dia charge lagi RM40. Total RM200..setelah diskaun RM10. Siap pun dalam 1 jam. Mahal sikit tapi OK la. Kalau pergi Pertama Kompleks, jimat dalam RM50 tapi dalam masa tunggu 1 jam tu..mau habiskan duit beli benda lain pulak. Silap-silap jadi lagi mahal. iphone_4_line_screen02 Kedai-kedai ni bukan repair Iphone dan Ipad saja.. smartphone lain pun boleh. Kalau rasa nak tengok apa keadaan dalam smartphone tu..boleh tunggu dan tengok dia dismantle dan repair. Kalau rasa ada tempat lain yang lagi murah untuk repair Ipad, Iphone atau mana-mana Smartphone – Samsung Galaxy ke..Xperia ke.. HTC ke..  boleh share!

Update 25/May: Baru-baru ni Iphone 6 aku pulak screen damage, repair kat Apple Store US, kena USD109. Bila check kat kedai kat Pertama, dia minta RM520. Kalau kedai Apple kat Malaysia minta dekat RM1000. Iphone 6 Plus pulak… kedai ni charge RM1000 dan kedai Apple kat Malaysia pulak minta RM1600 (dan kena tunggu at least 2 minggu sbb dia tukar Iphone terus).

Author: azman

108 thoughts on “Kedai Repair Ipad, Iphone dan Smartphone Paling Murah di KL dan Bandar Kinrara

  1. Any problem boleh whatsapp saya 011-11979717 untuk any masalah iphone anda. Harga murah ditawarkan.
    Area BATU PAHAT | UTHM | KPTM

Leave a Reply