Kedai Repair Ipad, Iphone dan Smartphone Paling Murah di KL dan Bandar Kinrara

Setelah sekian lama guna Iphone4 tanpa sebarang problem, lebih 4 tahun..tapi akhirnya tumpas juga. On the way nak pergi Paradigm Mall Kelana Jaya, tetiba keluar line kat screen. Ni confirm LCD problem. Kebetulan pulak Iphone 6 baru release.. terus tangkap Iphone 6 kat MacStudio Paradigm Mall. iphone_4_line_screen Iphone 4 tu..setelah 1 bulan rosak..baru hari Jumaat lepas hantar kedai untuk repair. Sebelum ni dah selalu hantar Iphone and Ipad repair ni, terutama nya Ipad sebab selalu glass crack. Ada 2 tempat favourite untuk hantar repair Iphone dan Ipad ni.. Tempat repair paling murah ada kat Pertama Kompleks. Nama kedai dia Wap-In Teleshop. Terletak kat Ground floor betul-betul belakang food court yang sebelah dengan Sogo. Kedai ni memang murah dan dia repair on the spot. Ipad 2 digitizer crack atau gelas ipad pecah cuma RM70 dan termasuk upah jadi RM120 (Upah dalam RM40~RM50). Kalau kedai lain, mau dia charge RM200 lebih. Yang charge RM700 pun ada..Hampeh.. Lain-lain macam Wifi problem.. Camera problem .. Screen not rotate problem .. dalam range RM40 ~ RM90 tak termasuk upah. Tapi kalau henjut sekaligus, dia charge upah sekali saja. Biasanya siap dalam masa 1 jam walaupun repair macam-macam. Iphone aku yang ada line kat screen tu dia minta RM115. Dan glass belakang pecah pulak lagi RM19 saja. Tangkap gambar phone dan Whatsapp je kat kedai tu. Dia terus boleh respond dengan harga. Tapi disebabkan Pertama Kompleks tu macam dok kat tengah KL dan aku pun selalu malas nak masuk KL layan traffic jam, jadi aku hantar kat satu lagi kedai repair yang bagus dan dekat dengan rumah. Kedai repair smartphone tu terletak kat tingkat 1 Giant Bandar Kinrara. Boleh cari di antara pintu masuk dan pintu Keluar Giant hypermarket tu. Kedai ni mahal sikit dari yang kat Pertama Kompleks. Kalau Ipad 2 pecah tu..dia charge RM150. Beza dalam RM30. Repair untuk rosak-rosak lain pun harga mahal sikit dalam range RM20~30. Iphone 4 aku tu, hantar kat kedai ni sebab nak cepat dan senang. Tukar LCD kena RM140 dan glass belakang kena RM30. Lepas tu..alang-alang repair, tukar sekali button Iphone 4 yang memang selalu problem tu. Dia charge lagi RM40. Total RM200..setelah diskaun RM10. Siap pun dalam 1 jam. Mahal sikit tapi OK la. Kalau pergi Pertama Kompleks, jimat dalam RM50 tapi dalam masa tunggu 1 jam tu..mau habiskan duit beli benda lain pulak. Silap-silap jadi lagi mahal. iphone_4_line_screen02 Kedai-kedai ni bukan repair Iphone dan Ipad saja.. smartphone lain pun boleh. Kalau rasa nak tengok apa keadaan dalam smartphone tu..boleh tunggu dan tengok dia dismantle dan repair. Kalau rasa ada tempat lain yang lagi murah untuk repair Ipad, Iphone atau mana-mana Smartphone – Samsung Galaxy ke..Xperia ke.. HTC ke..  boleh share!

Update 25/May: Baru-baru ni Iphone 6 aku pulak screen damage, repair kat Apple Store US, kena USD109. Bila check kat kedai kat Pertama, dia minta RM520. Kalau kedai Apple kat Malaysia minta dekat RM1000. Iphone 6 Plus pulak… kedai ni charge RM1000 dan kedai Apple kat Malaysia pulak minta RM1600 (dan kena tunggu at least 2 minggu sbb dia tukar Iphone terus).

Author: azman

108 thoughts on “Kedai Repair Ipad, Iphone dan Smartphone Paling Murah di KL dan Bandar Kinrara

  1. Thaqif, tak tahu la dik. kami tak kerja sana… cuma cadangan kedai je untuk korang cuba kalau ada gadget yg rosak… cuba tanya kedai tu ye?

  2. Iphone6 saya line searching je. Da reset network pon sama jugak. Cemana na buat ye. Please

  3. salam..nak tanye ..taw x kedai repair hp area petaling jaya yang murah
    model acer ..lcd problem ..tk boleh touch
    please ws klo sape2 taw
    0147346965

  4. Thanks Diyana sbb bagitau pasal kedai kat Pertama tu… Smlm pegi Wap In tu..mmg beza harga dia bagi dgn sekitar yg ada kat situ..kalau beza setakat rm5-rm10 leh layan lg tapi ni dekat rm100 beza dia.. My fon Sony Xperia Z3 problem skrin blackout terus, tapi still call boleh masuk, msg pun still masuk, notification led pun blinking lg cuma skrin ajer mmg tak nampak apa2 dah. Now still kat kedai tu, diorg akan try solve sbb bila check dlm diorg kata ‘masuk air’ yg agak teruk… Ada2@3 part nak kena tukar.. Diorg akan try, tapi kalau tak ok jugak diorg takkan charge apapun… Tggu ptg ni diorg akan update pasal status fon tu..

  5. Mr Zareeq,
    Apa cerita psl Z3 tu? Saya punya pun masalah sana. Sony SC nak repair ganti main board harga RM1.8k… Gilo….

  6. Tab sy brand china skrin pecah…klu nk repair ken cas brape ye…g kdi lain nk rm 60…huyoo mahal dan lmbt…

  7. takde la murah sgt. rosak 1 benda bila sampai kat dia rosak sampai 2,3 benda. charger port rosak dia charge 130.00 kedai sebelah 80.00

  8. nak tanya kalau iphone 6 buat id baru mcm format semula brp kos dan berapa hari utk siap.t.kasih

  9. hey hi .Phone sayang samsung mega screen pecah ,dalam harga berapa awk boleh charge ?

  10. Screen glass samsung s5 saya retak harga brapa risau mahal???? Lcd tak rosak smua ok….plsss kasi tau

  11. Boss Samsung note 3 tukar screen full set berapa u charge I betul* 2. tengah cari. I pun tinggal bk5

  12. Any problem boleh whatsapp saya 011-11979717 untuk any masalah iphone anda. Harga murah gila.
    Area KAJANG | BANGI | UKM

  13. sy dah try tanye utk screen note 5 crack n blank rm1000 dia ckp….pengsan.. ade sape2 tau x kat mane bole dpt murah tp phone still boleh call in…

  14. Assalamulaikum cik, saya ada ASUS z007 screen crack pastu kalu nk charger pun lambat x leh sentuh. Lepas tu tk leh nk off tapi nk on boleh bper cik amik?

  15. asalam, saya nak tanya ada number kedai tu tak eh? saya pun ada masalah yang sama ni and bersyukur gila jumpa entry ni.

  16. Kedai Repair Phone murah di banting, selangor lagi murah tukar ipad 2 digitizer crack baru 100 siap upah, kalo iphone tukar glass blakang lebih kurang sama sebab dia charge RM18. Telefon lain kena tanya kedai tu terus lah. Ni aku petakan cara nak ke kedai tu. Traffic light Hotel Intan Jugra terus masuk dalam taman sri putra banting dalam 1oom, sebelah kedai carwash.Nah no phone cube2 lah contact 010-7678387

  17. baru pi kedai kat pertama kompleks tu.harga lebih kurang je dgn kedai2 lain.samsung a5 skrin retak n jd gelap dia caj rm540 satu set.pi tanya kedai2 lain pun sama je rm500-650.baik pi kedai yg dekat dgn rumah je.jimat masa n duit minyak..hehe.

  18. Saya ada iphone 5s..sesiapa nak beli buat alat ganti..handset ok..cuma ada lock password..hamba ALLAH sudah kena tipu..dgn org jual..

Leave a Reply