Kisah Katil Ikea Miki

Ini cerita minggu lepas. We went to Ikea to buy shoe racks. Wah seronok pulak pergi Ikea sebab dah lama tak datang sini. Sebelum ni, entah berapa kali datang tak beli-beli pun dan ended up beli benda lain yang merepek-repek. Tapi kali ini berjaya juga beli setelah nekad apabila melihat kasut bergelimpangan kat rumah tu macam mat salleh sun bathing di kala musim bunga. haha!

Oleh sebab lama tak datang, tak tahu pun cafe Ikea ada menu baru iaitu bbq ribs! Argghh best giler dan harganya pun dalam RM20 murah kot nak banding Championship Ribs kat TGI yang RM60 tu. Dah la everytime I order the TGI ribs Miki mesti pow setengah.. haishh LOL!

ikea double bed for kids

Cakap pasal Miki, ini adalah salah satu daripada berlambak-lambak benda dalam dia punya wishlist – BUNK BED! Kesian Miki teringin sangat katil dua tingkat ni tapi nak buat apa? Miki punya bilik dah ada katil single lagipun Rafa kecik lagi nak tidor dengan Miki kat situ.

Tapi oleh sebab dia selalu sangat mintak dan buat muka kiut camtu Daddy cakap akan beli sebelum Miki masuk darjah 1. Dengan syarat Miki kena tidor dalam bilik sendiri every night. Sebenarnya masa Miki umur 3 tahun dulu memang dia dah tidor seorang dalam bilik sendiri tapi kitorang kesian dan panggil dia tidor with us in the master bedroom.  Dan seperti seorang vampire, setelah dijemput masuk ia takkan keluar lagi… LOL… sekarang terpaksa pancing katil baru supaya Miki tidor bilik sendiri haha!

ikea double bed

Catit model katil nak pick up kat bawah nanti. hehe

rafa eating ice cream

 

Rafa enjoying his ice-cream. In fact this was his first Ikea cafe ice-cream if I am not mistaken. Kesian Rafa sedikit jakun. hehe.

Tahun depan ( yang hanyalah beberapa bulan saja lagi) Miki dah nak masuk darjah satu,  I have so many worries and anxieties. I cannot believe he has gone so big in such a short time.  Sedihnya rasa…

Mungkin katil baru itu. Menjadi simbolik Miki tidur di bilik sendiri. Dan mengajar Mummy to slowly let my baby go. Hmm. Good luck Miki. Good luck Mummy,

Author: Diyana

15 thoughts on “Kisah Katil Ikea Miki

Leave a Reply