Blogger Pemalas Yang Alzheimer

Semenjak tahun 2013 ada dua perubahan ketara di kepala aku iaitu pertama, rambut banyak uban dan keduanya kemerosotan memori yang ketara. Perubahan kedua adalah lebih membimbangkan sebab perubahan pertama senang saja nak sorok dengan inai mahupun tudung Fareeda.

Sebenarnya bukan kemerosotan memori sahaja malahan aku juga macam bertambah bongok dan tak kreatif. Aku rasa ini disebabkan oleh semua status-status Facebook tak berfaedah yang aku baca dan gambar-gambar kaki dan kasut yang aku tengok kat instagram.

Contohnya tadi Azman dengan budak berdua tu main toy basketball dalam rumah. Aku nak kata jangan baling dari sini nanti bola kena gramophone antik kesayangan aku. Aku fikir punya lah lama aku tak jumpa perkataan gramophone tu. Ada ke patut aku hampir kata “Hey! Nanti kena Instagram tu nantiiiii!”

Korang nampak tak camana genius otak aku – GRAMophone… instaGRAM… sama kan? dekat kan?? frustrating kan???

Lagi best sebab masa aku nak tulis entry ni lagi sekali aku lupa perkataan gramophone tu… boley?? Masalahnya bukan lama pun semenjak peristiwa baling bola bakul tu… 5 minit sebelum je kotttt….

Hampeh tul la! Aku punya taip punya taip kot kot terkeluar nama bendalah tu.. asyik-asyik instagram gak yang keluar… pastu mammoGRAM… apa kejadahnya… tua bangka sangat ke aku ni??

diyanazman

 

Earlier Azman belek-belek blog ni cari statistik tumbesaran Miki. Pastu dia hint-hint keji kenapa aku malas tulis blog tak sayangke memori budak-budak ni membesar, pastu siap psycho lagi, nanti Rafa besar dia kata Mummy tak sayang dia sebab tak catit pun story pasal dia.. Pergh laki aku bab brain wash orang macam terrorrrrr….

Okay fine maka aku pun insaf dan aku sedar rupanya dulu aku ada catit diary bawah Kategori – I KNOW WHAT YOU DID LAST WEEKEND… ( tengok tu… jenis kategori kat blog pun lupa.. giler aahh) bila baca balik bestnya laaa…

Kisah Miki terjun tiruk dalam kolam air kat depan Masjid Putrajaya… Kisah Miki nampak bendera Malaysia dia kata “Tuta! Tuta!'” sebab pelat nak laung Merdeka, pastu ada cerita masa rumah masuk pencuri bawak keluar TV 40inci ikut tingkap, cerita birthday aku atas gunung Kinabalu etc etc etc

Maka dengan ini aku berazam! Setiap malam aku akan luangkan masa sejam untuk tulis blog dan publish esok pagi time korang kat office.. mesti korang bosan kan? sebab perangai lady boss korang yang andartu sorang tu cam keji menjijikan kan? better  korang baca blog aku.. haha!

Haishh.. Sebenarnya aku mmg rasa sayang sebab aku hutang banyak benda significant untuk ditulis kat blog ni. Antaranya kisah sambut birthday Miki dengan Azman time tu takde pergi business trip kat China. Pastu open letter untuk Miki masa birthday dia. Pastu baru-baru ni balik kampung punya trip sangat enjoy mengalahkan pergi bercuti kat Sabah… Kisah sekolah Miki… Kisah speech development Rafa…  Rafa punya perangai macam-macam… Kisah travel ke Europe tak abih lagi.. Walaupun bapak punya lambat tapi nak tulis jugak!! Especially kisah kereta hilang di Paris dan sambutan Hari Jadi Azman kat Red Light District, Amsterdam…

Haa… giler ko citer camtu aku tak tulis.. hahaha! Sila bagi aku semangat dan sokongan ye.. You can do it Diyana…

ps- Gambar kat atas tu takde kena mengena dengan entry ni. Aku saja je bubuh sebab mesti akan ada kawan-kawan puaka yang nak mengeji aku dah kertu sebab beruban dan sel otak pula mengempis kecut. So aku nak kata biar alzheimer janji comel. ahhahahahaha! OKTHANXBAI!

 

Author: Diyana

58 thoughts on “Blogger Pemalas Yang Alzheimer

  1. ahahah MAMOGRAM dan INSTAGRAM pon boley..dekat-dekat dengan GRAM…jangan rokok gudam garam sudah

    eh kan dah mula nk follow balik semua cerita…ok bai

Leave a Reply