Kenangan raya aku….

Seminggu aje lagi nak raya! Syok betul! Raya untuk orang Melayu memang tak sah kalau takde baju baru. Dulu-dulu masa aku kecik, beli baju cantik setahun sekali aje. Iaitu masa raya. Lepas tu, baju-baju raya tu lah yang nak pakai pergi jalan-jalan ke mana-mana.

Masa aku kecik dulu aku tinggal dengan makcik, Opah dan Tok aku di Kuala Kangsar sampailah aku umur 12 tahun. Pada masa tu parents dan adik-beradik lain tinggal di Ipoh sebelum pindah ke Penang sebab mak aku promotion jadi Duty Manager di Penang Airport. Masa aku masuk form 1 baru aku join diorang kat sana. Jadi masa kecik-kecik kalau nak shopping raya yang paling aku ingat ialah kat Ipoh. Takkan nak shopping kat Kualer pulak. Apa ada di Kualer tu. Dulu kami pergi Ipoh Parade tak salah aku. Memang best giler lah! Pastu bila dah pindah ke Penang, kitorang shopping raya kat KOMTAR. Zaman tu mana ada Gurney Plaza, Queens Bay bagai… BJ Complex pun wujud masa aku umur 15.

Masa aku kecik-kecik aku sangat tomboy. Bukanlah kasar sangat tapi taktau kenapa diorang suka sangat kerat rambut aku pendek-pendek pastu pakaian pun asyik seluar je. Sukar jugak nak kikis imej berpakaian macam jantan tu. Mujur bila dah besar aku pandai simpan rambut panjang dan sebagainya. Barulah Nampak cam pompuan… Nasib baik cun! Eceh!

Oleh kerana kami adalah orang Kualer tegar, masa raya mesti makan lemang. Dengan rendang pedas ayam yang sangat fragrant itu. Masa aku kecik aku tak suka makan kuih raya. Sekarang suka la jugak, agaknya dulu kuih raya tak sedap kot. Masa aku darjah 4 aku buat kuih London Almond pertama dalam hidup aku atas tunjuk ajar Arwah makcik aku. Selain tu keluarga aku selalu buah Biskut Oats yang sedap sangat. Memang dua jenis kuih tu je aku layan.

Malam-malam lepas bukak puasa memang cam biasa main bunga api. Ada setahun tu Abah aku balik Kuale bawak balik bunga api sampai sekotak. Masa tu rasa cam banyak giler. Seronok betul… Cucuh kat pelita minyak tanah. Rumah pasang lampu liplap… Kat TV terpasang “Hiburan Minggu Ini”kat RTM. Hahahaa.. Siapa yang usia baya-baya aku mungkin tahu lah!

Arwah Tok aku tiap-tiap petang mesti belikan juadah apa-apa dari pecan Kualer. Sate 10 cucuk contohnya… Aku rindu kat Arwah Tok aku.

Masa sekolah rendah dulu, kalau korang ingat lagi selalu kita exchange kad raya. Tak pakai pos… Main pass tangan ajer… Pastu tulis “Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap BAlas”. Sapa dapat banyak kad kira dia best la. Hehehe…

Sekarang zaman Miki nak beraya sakan. Alhamdulillah dia dah puasa penuh 12 hari. Pagi tadi dalam perjalanan hantar Miki ke sekolah Miki Tanya aku berapa sleeps lagi before raya? Aku cakap 8 sleeps, terus bersinar mata dia. Miki look forward nak balik Penang jumpa dengan cousins dia, anak-anak abang dan kakak aku. Makanan raya takde apa yang Miki suka kecuali mungkin satu dua kuih raya yang chocolatey. Baju raya Miki dan Rafa nak banding dengan aku dan Azman dulu macam langit dengan bumi kot. Kami dah shopping habis baju raya masa di Europe haritu.. Bukanlah beza sangat dari yang ada di KL ni, tapi untuk aku dan Azman masa kecik dulu memang tak kan mimpi la nak keluar dari Malaysia.

Tema kami tahun ni ala hijau turquoise gitu. Azman dan anak-anak sangat sedondon baju melayu mereka… Beli di Uptown Mines jer. Samping beli kat Mydin.. Baju kurung aku beli di The Curve. Teringat zaman kanak-kanak.. seronoknya dapat baju raya.

Preparation raya yang lain macam biasa je. Duit raya dah tukar tapi baki duit raya tahun lepas pun ada lagi aku sorok dalam Tupperware mana tah. Rumah masih bersepah dengan mainan-mainan Miki dan Rafa macam takkan terkemas aja sampai bila-bila. Kuih raya entah camana aku boleh terajin sikit. Aku dah buat sejenis nanti aku nak buat lagi. Raya di rumah kami sendiri memang seronok dan puas hati sebab yelah rumah sendiri kan? Tapi Bandar Kinrara agak bosan untuk perayaan Aidilfitri. Jiran berbilang bangsa tak la mesra sangat. Tapi aku tetappp enjoy. Janji ada Azman, Rafa dan Miki… Kalau Azman kena outstation time raya sure aku mati! Hahaha!

Untuk kawan-kawan, Selamat berpuasa lagi 7 hari…

raya

Ni gambar tahun 2010… tahun ni Raya dah 13 bulan… Happiness! Alhamdulillah 🙂

Author: Diyana

49 thoughts on “Kenangan raya aku….

  1. skrg bukit jambut dah jadi tmpt bangla jer.. nampak sangat ko dah kertu.. ahahahha

Leave a Reply