Selamat berpuasa semua! Seperti anda di luar sana, Azman dan saya juga gemar berbuka puasa di buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh pelbagai hotel dan restoran pada kadar bersepah-sepah. Atas kegagalan kami mengawal nafsu makan bak dinosaur, kami mempunyai senarai Buffet Ramadhan Mesti Pergi yang saya catat atas dasar cinta. Cinta pada makanan. Hehe.
Walaupun senarai tersebut turut membuktikan tahap keborosan kami yang tinggi, tapi apa kan daya.. Kami adalah insan yang lemah. Dan kami adalah anggota masyarakat yang menghargai usaha para chef menyajikan makanan lazat kepada pengunjung. Kami rasa ini adalah suatu sifat yang murni… Oleh itu, setiap tahun, kami tanpa gagal akan mengunjungi Buffet Ramadhan dalam senarai tersebut. Buffet yang lain hanya akan dikunjungi jikalau orang lain belanja! Lalala
Pemilihan buffet dilakukan berdasarkan tiga faktor utama:
1) Hidangan bintang (star dish! Hahahaha) Setiap buffet mempunyai satu atau lebih hidangan yang cukup sedap untuk dikenang hingga tahun depan…
2) Harga per kepala… Strictly dibawah RM100. Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengunjungi buffet berharga lebih RM100… Jikalau orang lain belanja! Lalala lilili… haha
3) Lokasi hotel – keluarga kami terdiri daripada manusia-manusia kepala angin yang meroyan pada kadar mengejut. Memandu ke segitiga emas Kuala Lumpur dalam keadaan perut kosong dan ketagihan caffien yang kronik boleh mendatangkan bencana alam. Jadi kami pergi ke buffet yang dekat-dekat dengan rumah saja.
Buffet Ramadhan Mesti Pergi 1: Palace of the Golden Horses at the Carousel
Harga – RM98++ untuk 13 tahun ke atas dan RM49++ untuk kanak-kanak 5-12 tahun dan warga emas. APA? MIKI DAH KENA CHARGED? Hampehh..
Jarak dari rumah? 5-10 minute bergantung kepada keadaan trafik kaki-kaki judi di Selangor Turf Club. Star dish? Grilled Oyster with Cheese. Omnomnom! Lupakan kolesterol, saya makan 10 ekor tiram sekaligus! Sedappp!! Saya juga menggemari hidangan barat yang lain seperti stew daging kambing dan daging bakar… haishhh…
Buffet Ramadhan Mesti Pergi 2: Palm Garden Hotel – Ramadhan Buffet Kampung Style
Harga – RM75++ untuk dewasa dan RM45++ untuk kanak-kanak.
Kalau tak salah, Azman dan saya berbuffet Ramadhan di sini semenjak belum kahwin lagi. Pada masa itu, Palm Garden menyajikan Kari Kepala Ikan Salmon yang lazat menjilat jari dam kekal dalam ingatan sehingga sekarang. Beberapa tahun kebelakangan ini mungkin ikan salmon kain terancam atau kepalanya makin mahal atau chef makin kedekut dan hanya Kari Kepala Ikan Tuna atau ikan tongkol saja yang ada. Walaupun tak meletooppp macam ikan salmon tapi masih sedap giler! Satu lagi star dish ialah sup gear box. Azman makan sedut guna straw, saya cakap jaga sikit jantung tu, saya tak nak jadi janda cantik yang masih muda. *pitam*
Jarak dari rumah ? 30 minutes ke IOI Resort Putrajaya.
Buffet Ramadhan Mesti Pergi 3: Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya
Harga – RM108 nett person (oppss lebih RM100)
Star dishes – Pencuci mulut dan grills. Saya pernah menikmati Almond Chocolate Meringue Pie yang sedap tahap gaban semasa makan tengah hari di Verandah Restaurant. Saya sangat berharap mereka menyajikan yang sama semasa buffet Ramadhan nanti. Begitu juga dengan Fruit Ricotta Cheese Tart… ok jangan fikir sangat! Makruh!
Jarak dari rumah? 30 minutes. Tak jam biasalah Cyberjaya (where my office is) kan ulu! Haha
Almond Chocolate Meringue Pie
Fruit Ricotta Cheese Tart
Buffet-buffet Ramadhan lain yang menarik ialah di One World Hotel Damansara, mereka menyajikan nasi kerabu dan sebagainya, cuma lokasinya nun di seberang LDP yang hazab. Mau habis pahala puasa begitu saja sebab memaki hamun keadaan trafik sepanjang jalan. Begitu juga buffet di Kuala Lumpur Convention Center yang menawarkan makanan Jepun yang sangat syok… Traffik teruk juga, tapi kalau dah sampai sana boleh shopping di KLCC.. hehe
Aah cakap pasal makan sampai esok pun tak habis… Nampak macam nak sambung topik shopping pula…Di awal-awal Ramadhan ini badan masih bertenaga, saya akan memasak untuk berbuka hari ini… Bagaimana dengan Gulai Lemak Udang dengan Nenas, ok?
Selamat berbuka semua… bawa bersabar semasa berbelanja! hehe