Pada suatu hari saya sedang bersantai bersuka-ria berguling-guling di depan televisyen. Pada ketika itu saya sedang menonton rancangan Kim Kardashian dan punggung ajaibnya. Tiba-tiba suami saya bersuara. Katanya saya berangan-angan menjadi Kim Kardashian sampai bila pun takkan tercapai juga, lebih baik update blog saja.
Memang suami saya sangat keji orangnya. Beliau selalu menyindir dan mengingatkan saya akan kekurangan diri saya iaitu punggung kebolehan menulis blog semula.
Beberapa tahun sebelum ini saya seorang penulis blog yang tegar. Walaupun saya hanya menulis mengenai makanan yang kami makan, tempat yang kami lawati dan bahan-bahan radioaktif yang saya temui dalam lampin kotor anak saya; pembaca blog saya tetap konsisten beribu-ribu sehari.
Tetapi sejak beberapa bulan ini, jari-jemari dan otak saya tidak sehaluan. Pabila otak mahu mengarang entry blog baru, jari pergi update status Facebook pula. Oh Facebook yang berpuaka…
Jadi setelah hamper pengsan di keji oleh suami saya setiap hari, malam ini saya pun berkata FINE! Saya akan menulis sesuatu.
Tulis ayat pertama, saya pergi dapur bancuh nescafe satu teko. Tulis ayat kedua, saya masuk bilik air dan cuci lantai sampai berkilat. Tulis ayat ketiga saya pergi dapur buat kek red velvet tujuh tingkat warna-watrna pelangi. OK pasal kek tu saya tipu. Apa yang cuba saya sampaikan ialah SAYA DAH TAK RETI MENULIS LAGI! ARGHHHHHH…. Saya sudah hilang arah dan tujuan… Saya terumbang ambing umpama Kim Kardashian hilang punggungnya. Tolongla saya… Tolong!
Di bawah ialah perkara-perkara signifikan yang berlaku dalam masa dua-tiga bulan ini.
1) Menggemuk. Ye sila jangan nafikan berat badan seorang wanita adalah suatu perkara yang sangat penting dalam hidupnya. Jadi saya harus catat di sini saya telah menggemuk sehingga lebih kurang 20 kilo dalam pregnancy kali ini. Saya makan sangat banyak dan saya jalan sangat kengkang.
2)Semasa mengandung 36 minggu saya melalui suatu procedure di panggil ECV untuk memusingkan bayi dalam perut saya yang songsang. Saya sungguh kagum dengan kebolehan doctor saya yang memutarkan bayi ala-ala Stephen Chow Shaolin Soccer. Saya pernah cuba menulis cerita ini di blog tetapi gagal. Dengan izin Tuhan nanti saya cuba lagi.
3) Dua minggu selepas ECV tersebut saya terus terberanak. Seperti biasa beranak adalah sangat weee hooooo yeeeee haaaaaa……. (Saya ambil dadah)haha!
4) Selepas beranak tentulah saya dapat anak. Nama beliau ialah Nuh Rafael bin Mohammad Azman. Kami panggil Rafa saja. Beliau sangat comel dan muka sebijik macam saya. Saya sangat bersalah kerana sampai umurnya hampir 3 bulan saya langsung tak tulis apa-apa mengenainya. Maaf Rafa.. nanti Mummy belikan handbag yang mahal buat simpan Pampers dan minyak Yuyi Rafa untuk Mummy. Takpe, takde kena mengena pun takpe ok? I love you.
5) Majlis Berendoi dan Akikah Rafa pun kami buat juga sama macam abangnya si Miki dulu. Buat pada 1 September sempena hari raya. Kalau sampai seru akan saya update juga.
6) Jeans saiz 25. Ini adalah batu pengukur (milestone?) tahap kewarasan dan kesihantan minda saya. Sekiranya di takdirkan suatu hari nanti saya tak dapat menahan nafas mengecutkan diri untuk muat dalam seluar ini, saya pasrah dan membawa diri. Mujur lah sekarang masih muat lagi. *sujud syukur*
Oh tidak. Jari saya semakin cramp. Rafa pun dah ek ek ek nak nenen. Diyana si penulis blog merepek akan kembali lagi. Insya Allah saya akan update sebelum budget 2013 diumumkan nanti. Tata!
ya..selamat kembali si penulis blog merepek.., ha hah..ucapan tahniah kerana kembali menulis setelah sudah sekian lama blog ni bersawang kelam kelabu..prooootttt!! oh maafkan saya terkentut..
hehehe kelakar like always. welcome back. btw punggung kim geli okehh
Eintanz…
haaa…. actually u mmg betul. her butt is gross!
nize!terima kasih atas kata-kata semangat dan kentut tersebut. saya sungguh bersemangat sekarang!
Terima kasih! Ko telah berjaya membuatkan mata aku bulat dan aku ketawa mcm orang sikit tak siuman di ofis arini. terus aku tak mengantuk. Syabas mere bette 😛
selamat kembali Diyana. lama tak baca repekan yang buat aku tergelak guling-guling. aa, lamanya tak lepak sini…
p/s: bajet dah keluar, bila lagi nak update..wuhuhu
ko memang sengallll…
p/s: bontot si kim tu ko nak adore??oh,pleaseeeeee
diyana, dah kembali tapi dah seminggu tak update nih… hu hu hu…
Hi– you should continue to write although i respect you for your effort in writing in BM! I struggle with that despite my very kemelayuanness!! Kalau I ambik UPSR dah fail dah! Anyway yes I will come again and looking forward to your stories..Kim K is scaryyyyy btw
ahahahahahahahaha…ahahahahahahahha…ahahahahahahahahah…*berenti semput* ahahahahahahaha…ahahahahahhaha….ROTFLMAO *pengsan*