Lauk paling menyelerakan

 Lauk paling menyelerakan

…. Kat tekak aku buat masa ini ialah masak asam pedas ikan. Resepi tak payah tulis la ekk… Semua orang reti buat asam pedas kot! Memang best la lauk ni, pertama sebab laki aku suka makan ( penting tu jaga perot suami la konon) kedua sebab sangat senang nak masak, ketiga sebab daun kesum kat herb garden aku tu sikit lagi nak membentuk hutan hujan tropika, bunga kantan pulak sekali kembang dekat 10 kuntum jiran aku pun pelik apsal aku sekali sedekah kat dia bunga kantan mengalahkan bouquet budak U nak convo. Kacang bendi pun ada tapi sayur ni cepat tua, hari ni aku tengok baru berbunga, sekali lagi tengok dah keras tak boleh makan…

Walaupun semasa hari ibu baru-baru ini laki aku tak belikan aku bunga yakni bunga kantan sekalipun aku petik sendiri, tapi nak jugak aku ucapkan ribuan terima kasih sebab sangatlah bersemangat waja untuk pergi ke pasar borong seorang diri dan membeli stok makanan untuk seminggu. Actually alu dan Miki pun ikut cuma kami tunggu dalam kereta yang aircon nya sangat sejuk sambil berduet lagu Selena Gomez.

Dulu-dulu Azman adalah sangat jantan sejati yang tidak dapat membezakan antara daun sawi dengan pudina. Tapi kini beliau sungguh hebat sehingga boleh memarahi bangla pemotong ikan kat pasar kerana menyiang ikan secara TIDAK CANTIK!

Sesungguhnya saya amat berbangga dengan suami saya sehingga hampir menitiskan air mata! I lap you very strong DaddyMiki!!! Muahhhh

Author: diyanazman

2 thoughts on “Lauk paling menyelerakan

  1. Asam pedas ikan tenggiri atau ikan kembong adalah all time feveret akak..walau ke mana pun kalau nampak asam pedas je dah tak pandang yang lain…

  2. Pls pls write the Asam pedas recipe the next time you blog abt it. I seriously don’t have a good one, and I trust your taste buds! Thanks so much 🙂

Leave a Reply