Insiden ini berlaku kira-kira seminggu yang lalu namun atas tahap kepelikannya yang mencabar tahap IQ saya maka ingin saya catatkan juga dalam blog ini.
Pada suatu hari saya telah menghadiri sebuah mesyuarat yang turut dihadiri oleh wakil-wakil Perhubungan Awam dari beberapa buah syarikat dan agensi yang berlainan. Kebanyakan daripada mereka memang saya kenali kerana kami sering bekerja sama dalam pelbagai kempen sebelum ini termasuklah seorang wanita yang pertama kali saya temui kira-kira 5 tahun yang lalu.
Setelah mesyuarat berakhir, kami berbual-bual mengenai kerja dan rakan-rakan. Tetiba wanita tersebut memperlahankan suaranya hingga hampir berbisik. Saya menjadi suspen! Beliau nampak hantu di belakang saya kah? Atau ada rahsia kerajaan mahu di kongsi bersama saya kah?
Dengan penuh hati-hati wanita itu bertanya…. “Emm… You masih isteri orang?” Sungguh sopan santun beliau bertanya sambil menunjukkan ibu jarinya kepada saya ala-ala pelajar sekolah berpidato.
Oleh sebab saya sejak lahir lagi sudah dibesarkan dengan keadaan hiruk-pikuk dan jerit-pekik bak Tarzan meroyan, besar kemungkinan gegendang telinga saya sudah tersalah dengar suara yang perlahan itu. Lantaran saya pun bertanya.. “Aaa? Apa dia?”
“You masih isteri orang ke?”
Saya pitam tergolek-golek.
Sesudah saya sedar semula saya rasa macam nak pitam lagi tapi saya bersabar. Sesungguhnya saya sangat terpana dengan soalan itu. Semasa saya belajar di Universiti Malaya dahulu, sudah cukup banyak soalan peperiksaan yang saya tak dapat jawab kerana saya asyik berdating saja tetapi soalan yang saya hadapi kali ini memang tak tercapai dek akalku.
Lantas dengan sepantas kilat saya terus menyelakkan baju saya dan menunjukkan kepada beliau tahap keboboyotan perut saya yang berhias linea nigra dari ulu hati hati hingga ke ulu xxx! Takkanlah aku boyot camni ko ingat aku menjanda Cik Bedah? Pekik saya dengan mata terbeliak.
OK saya tipu. Itu imaginasi saya saja.
Sebecok-becok sepetah-petah mulut berbicara, saya hanya mampu menjawap “Ya!” sambil menganggukkan kepala sahaja. Selepas itu saya terus berlalu pergi sebelum saya pitam tergolek-golek lagi.
Dari dalam lif hingga ke dalam kereta hingga sampai ke rumah, saya terus bingung memikirkan soalan itu. Setahu saya, 5 tahun dulu wanita itu memang sudah pun menjadi MakJan. Jadi saya rasa beliau membuat andaian saya juga sudah mendapat title yang sama.
Adakah menjadi lumrah wanita-wanita cantik dalam bidang perhubungan awam suka bercerai-berai dan menjanda dalam usia muda? Jika tidak mengapakah wanita itu bertanya soalan sebegitu dengan penuh selamba?
Beliau mahu melantik saya sebagai Pengerusi Kelab Janda Corporate Comm kah? Beliau ingin masuk line duda saya kah? Beliau sebenarnya lesbo yang selama ini menunggu saya kembali single kah?
Jikalau anda pembaca blog ada jawapannnya, sila tulis di kotak komen.
PS -Yang saya pasti, dengan kandungan sudah 4 bulan, beliau tidak dapat mengesan keboyotan saya dan itu menunjukkan saya masih hot *pengsan*.
PSS – Gambar diatas diambil semasa sambutan hari lahir anak kami yang ke-empat tengah bulan Januari lalu. Pada 30 Januari pula, Azman dan saya menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-enam. Saya ingin mengucap syukur atas kebahagiaan yang Allah berikat setakat ini. Walaupun kami tak kaya tapi semuanya mewah dan lebih dari mencukupi. Walaupun saya tidak Kim Kardashian tapi saya berlaki lebih dari 70 hari. Apa aku merepek ni? Oh ya, doakan rumahtangga kami bahagia sampai ke syurga. Insya Allah!
Adoyai…sabau ajelah… Kenapalah ada org tak segan silu bertanya begitu ye…?
Mungkin dia tak nampak perut tu… dan ini bermakna Diyana masih hot…heheheh (jawapan penyedap hati tu)… tp dlm hati masih lagi tak abis2 bertanya … kenapalah dia bertanya camtu kan?
*speechless*
–ada jugak org macam tu eyhh, gilos ke apa org itu– iskkk, simpang jauh2 le… u n azman are mean together beb!!….aku doakan korg bahagia sampai akhir nyawa–
sungguh tk sayang mulut. .manusia akhir zaman.asal bole hembus …pe2 pon jauhi la
izinkan aku sepak laju2 wanita itu…
klu ayat penyata camni,” u dah kawen ke? sgt x nmpk mcm dah kawen” tu aku rs ko dah biase,hahahaha..aku time preggy 6bln pon org tanye aku dh kawen ke blm, trus *pitam sambil senyum ;p
choyy!! touch wood! *kelepek kelepek kelepek
ouh…belated birthday wish to miki and happy great 6th anniversary to miki’s mommy and daddy…many many more great years to come!
Ape ke pelik soalan tu…n wah big suprise!congrates kak D…yani lame giler meninggalkan dunia blog..sejak bby lahir..huhu
Sungguh lahabau soalan tu! Motifnya masih tak dapat ditelah. Tapi hang tipu bab “banyak soalan tak berjawab masa exam di U” tu…kalau tak jawab, macam mana boleh “grad”? Btw, I think she must be zealous tahap ultraman, looking at you; a successful hawt looking working mother and also a housewife and she can’t believe it. Do the catwalk and walk away from her negative vibe, babe!!
Farahanah Ismail liked this on Facebook.
Norma Yusoff liked this on Facebook.
Shahirah Rodzo’an liked this on Facebook.
I just dropped a comment here dah post baru perasan date tu 2012. Is it an old post?
hahaha Mai this is an old post… tapi takpe. lawak kan minah ni? aku duk jumpa dia lagi dalam meeting sometimes and I always remembered her assumption. hehehehe Maizirah Ibrahim
Kylie Wenn liked this on Facebook.
Hidaya Zaini liked this on Facebook.
Maizirah Ibrahim liked this on Facebook.
Elia Heska Ismail liked this on Facebook.
Dia salah org kot di … Hehe..
tak salah kot kitorang kenal each other kot… heheeh Aalia Adilla
Syuhada Saharizan liked this on Facebook.
Muhahahah..anzalna bagi 4bintang…
Ada gak org mcm tu yerk..
Sri Fairus DIa cari gang Mak Jay… Sri…. hehehe… nak buat persatuan
Baru nak tanya, are you pregnant and about to congratulate and I saw the date. Moral, jangan cepat sangat nak jadi keyboard warrior tanpa check betul-betul hehe. But this is really a funny post.
Byzura Mj liked this on Facebook.
Zeela Zaynal liked this on Facebook.
U nak jd SU ke Bendahari? Better u jadi AJK Biro Tajaan…sebab u hawt gitew mesti boleh dpt hot catch Dato’ ke Tan Sri ke… (entah apa la yg difikirkan nye)
hahahahahaha lawak ko Maizirah Ibrahim
Aku br nk tny, ada lg ke tny ko soklan cerdik tu..rupanya mmg entry lama
Sal Abdul Rahman liked this on Facebook.
Aishah Kamal Rejuvy liked this on Facebook.
Vivienne Yew liked this on Facebook.
First fb post yg dibaca pada pagi Rabu…tak habis geleng kepala lagi ni…
Hahaha…
omg omg..
ai nak taye u single pun tak sanggup
Husniza Husain liked this on Facebook.
Marina Ahmad liked this on Facebook.
Mariam Jusoh liked this on Facebook.