Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada semua…
Untuk pengetahuan anda, sejak akhir-akhir ini saya cukup sering dihubungi oleh kawan-kawan yang telah lama menghilang. Pada mulanya saya berasa sungguh popular, maklumlah beberapa minggu yang lalu muka saya yang lebam ini telah muncul di surat khabar The Star sebesar 3.452 milimeter persegi. Saya ingatkan mereka nak kata saya jelita tapi rupa-rupanya mereka hanya ingin menjual korset kepada saya. Cis, sudah tertipu pulak saya. Bencikk…
Setelah saya mengamati timeline Facebook saya, dapat saya simpulkan bahawa corset Premium Beautiful adalah sungguh popular sekali. Saya tidak dapat menafikan bahawa mukjizat keberkesanannya cukup tinggi, seperti boleh menguruskan badan, menegakkan posture, mengurangkan nafsu serakah makan, mengetatkan apa-apa yang longgar malah yang penting sekali – ia membolehkan kaum wanita seperti kita feeling-feeling chantek.
Saya rasa, sesiapa yang kurang bersifat feeling-feeling begitu wajarlah membeli korset PB ini kerana keyakinan diri kadang-kala memang sukar dicari. Begitu juga dengan kaum isteri yang lakinya bermulut hanjeng suka mengeji isteri sendiri. Marilah kita bersama-sama mencantikkan body!!
Namun begitu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang cuba mempromosikan saya produk ini, kerana dalam jangka masa terdekat ini, rasanya saya tak kosser nak beli.
Ini adalah kerana Diyana Yang membeli korset adalah umpama mangsa kebuluran Somalia membeli produk kecantikan SKII – MEMBAZIR DUIT!!
Saya sebenarnya sedang berkira-kira nak telan Weight Gain dalam setin dua, apa kejadahnya saya nak beli PB pula? Untuk pengetahuan anda tahap kelangsingan saya adalah mencapai tahap kurus kering-kontang yang menyedihkan. Semua seluar jeans saya adalah bersaiz 24. Seluar kecik pun boleh dibeli di department kanak-kanak. Lemak tang manakah perlu saya kemekkan dalam korset ittew?
Lagipun saya takut kalau korset ini di pakai lama-lama, nanti pinggang jadi terlalu ramping pula. Usahkan nak bernafas dengan selesa, nak kentut pun macam tak boleh saja.
Dengan itu sudilah kiranya rakan dan taulan membuat sedikit kaji selidik sebelum menjual produk kepada potential customer. Kenalilah keperluan pelanggan anda sebelum menjual membuta-tuli.
Saya mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada semua rakan-rakan millionaire wannabe. Sesungguhnya jikalau ada produk MLM yang boleh meng-KIMKARDASHIAN-kan saya seperti PB nescaya saya akan beli.
Ahaha nak tersedak pon ade baca entry ni..terasa mcm bukan bukan membaca blog diyanazman..tp pape pon mmg sgt kelakarla org y promot pb tu..fikir biz je..langsung xmenjaga hati orang..
Tp yani layak la pakai pb..sebab anak xkeluar lagi..spentot xmampu dah nk beli kat department kanak-kanak..hihi weight gain langsung xmembantu..so cyah la try
sila pangkah sebarang produk Hai-O.sbb apa?..blh tgk kt http://aididmuaddib.blogspot.com/search/label/Hai-O
Uih..bahaya kalo mengKimKardashiankan diri. Nanti kawen 72 hari je bercerai. Huhu. Saya pun tidak sesuai utk memakai Premium Beautiful sebab cara penjagaannya banyak songeh. Nak basuh pun ada teknik. Nak sidai takleh sebarangan. Sape nak layan kan?
Tu lahh…sy pun tk suke kalau kawan2 yang dh btahun tak contact tetiba tepon just untuk promote brg2 yang dijual…sorry to say,walau mmg ada ati nak beli pun,sy takkan beli dngan penjual2 begini..huhuhu
D..kalo u nak tau…i ni pun walaupun badan layak pakai PB tapi i xpakai pun.. and the most interesting part is.. I BELI ok!!!!!! Hahahahahahaha
Mula2 memang i pakai sebab nak cantikkan badan.. Then i rasa leceh. Makin i pakai benda korset tu makin lapar plak i. Makin gemuk i rasa pakai PB.
hahahhaha. sapa yang sadis gila promo kat you tu? i rasa dia bantai kopipes kat wall semua orang la kot? ala2 cuba nasib?
Hi korang!
Aku takleh la nak kata produk Hai-O tak bagus… aku rasa mesti bagus sbb ramai orang dah pakai, cuma aku nak kata, produk ni tak sesuai untuk aku la… sbb aku kurus.. hehehehe
kihkihkih..mak miki…mak miki..lucu bangetz
Hahaha…akak hilang kata2 bila membaca lemak tang mana yang nak dikemekkan…Diyana ni ada2 je lah…
Diorang ni pun satu…nak jual produk tu tengok2lah camaner pelanggan tu…adoyai…
Dee, aku pun penah kena approach gak ngan kawan lama yang lost contact tetiba out of the blue call kata nak lepak.. dah ajak lepak dahlaa siap beriya nak mai umah aku hang out.. n nak bawak kawan dia skali. kawan yang aku tak kenai.. alih2 nak suruh aku testing corset merapu nih.. mula2 ingat setakat seratus dua takpa laa nak tolong kawan.. skali dia ckp if beli that day ada special offer dapat discount RM500 (in my head..if boleh discount sampai RM500, berapa ribu benda alah nih??) u know how much it bloody cost? RM1700 (after discount la tuh konon) ok!!! n dapat satu set ja.. kena pakai d whole freaking day every day pstuh kena dok ulang2 basuh everynight. yg best tuh masa tuh 5 years ago aku baru start keja, gaji ciput mana mampu nak beli? so aku habaq la kat kwn aku n that lady yg kawan dia tuh. n this is what her friend told me. ayat nih aku ingat sampai mati. after she told me to swipe that bloody thing to my credit card, she said “eh rina.. kita tak boleh pikir macam tuh.. orang perempuan kena ada bajet untuk cantik” aku tergamam.. ingat sampai lanih. btw RM1700 is more thn what i pay for my monthly gym membership for a whole year ok. n instead of simpan lemak sana sini with a corset, i lost all that fat naturally n healthily, nak pakai midriff baring top takyah korset pun boleh nyah! ok sekian lah cerita saya pada minggu ini 😛
Terbaek entry kau ni. Terbahak2 aku gelak.
*thumbs up ala2 mlm-ers*
oh n another thing.. aku sangat anti benda2 slimming merapu bukan2 nih.. stakat tolak n kemekkan lemak sana sini.. lemak tuh dok dalam badan gak.. bila peluh tuh ur losing water n NOT BURNING FAT! unlike what people think whn they gagahkan diri bagi celuih gak dalam corset tuh. nak kurus takdak short cut laa. all boils down to healthy eating (note : NOT DIET, diet2 merapu pun aku anti gak) and exercise.
Masa kwn aku suruh try that corset, she was trying to convince me that the flab in my upper arms can be pushed down into my boobs, n the fat in my tummy can be pushed into my ass!!! siap masaj2 lagi kat aku. i wonder what kind of morons would actually fall for this.. sorry tersambung plak cerita tak habis lagi. aku emo semenjak kena approach ngan promo girls from slimming centres..
diyana..mungkin korset yg hang patut cari ialah korset yg buleh bagi gemuk..hahahah!!
hahahaha…
Korset tu nampak cantik sementara aje, bila bukak korset hampeh! tersembul lemak sana sini. Saya ada observe yg jual PB tu pun body tk seberapa, so kesimpulan nya kalau nk body cantik, sila lah rajin bersenam. Sign up for gym or pergi jogging atleast keluar peluh.
Thanks God I baca blog ni.penat i cari keburukan Premium Beautiful. i naik confuse sbb kwn i tu a guy and he’s a Doctor. geng2 doctor dia smua join jual corset ni and ajak i join jd ahli. berkesan ke? katenya org kurus mcm i (BMI pun xcukup) ni pun sesuai pakai PB ni sbb utk melancarkan perjalanan darah. kalau org biasa2 ckp xpe,ni Doktor plk tu. I mcm xyakin i blh jual,yelah mcm u all rasa yg rimas bila kwn2 lama yg x call tetibe call. i xsuka dibuat mcm tu xkan la i plk nak buat mcm tu 🙁
ramai org silap pasal PB nie…70% kesihatan + 30% kecantikan….maksudnya, klu kurus pon boleh pakai…bukan sebab nk keurus lagi ker aper. tapi klu ada mslh kesihatan boleh la nak try pakai…ikhtiar mana yg boleh…klu da pakai mesti la jadi cantik pastu kan?…
Salam admin, saje tengok2 blog PB ni…hehehe..bukan sbb nk beli, tp saje nk tengok respon org yg pernah pakai PB or beri komen sal PB…anyway u org yg kurus maybe PB x sesuai utk u…tp ikhlas i bgtaw, mesti sebelum ni xde siapa pun perkenalkan u dgn DX LINGERIE…ia lingerie magic utk semua wanita x kira kurus kerempeng kering sehinggalah gemuk gedempol, utk org yg kurus, mmh di syorkan pakai utk pembentukan body semula. DX BUKAN KORSET, tp ia ialah pakaian dlm pembentukan badan terhebat dan ramai org kurus berjaya mengembalikan aset yg mereka hilang…even my custemor pun ramainyg kurus melidi like u.sudi lah kiranya u jenguk page i : https ://www.facebook.com/SyahiddaDX saje kongsi cerita best ttg lingerie/ korset ni. Kalau u nk try bole lah bgtaw i…kalau xnak….i bole suggest kn u mkn elken spirulina… 10 biji sehari selepas mkn…selera betambah dan mmg bole naikkan berat badan u…even i promote beauty product, at the same time i share bout health dgn sesape pn…by the way, DX LINGERIE fm elken sdn bhd…i lebih suka berkongsi n lihat problem dulu sblum jual produk dgn sesape pn…tq so much. Take care
Hi Cik Diyana…
Saya saja google maklumat keburukan memakai PB;untuk tahu pandangan orang ramai.
Cik Diyana,ketika saya dicadangkan oleh kawan saya untuk pakai PB pun saya terpinga-pinga sebab berat saya 39kg umur 25 tahun.Pinggang besar sikit sahaja dari Cik Diyana saiz 26.Saya beli dan pakai juga PB sebab katanya boleh membentuk buah dada.Kebetulan buah dada memang kecil dan selalu pergi spa urut buah dada.
Lepas pakai PB dalam 6-7 bulan,badan saya agak berisi di dada,perut dan punggung.Timbang-timbang tengok berat badan dah naik 3 kg.Gembira sangat.Jadi saya percaya yang PB boleh menyeimbangkan metabolisme dan lemak dalam badan saya.
Pakai PB masih kena bersenam untuk kesihatan.
Cuma saya pun tak berkenan tengok penjual PB yang badan tak terjaga.