Kisah Bergambar (lagi) – Kasut Converse, Ayam Masak Merah Berpudina dan Selamat Hari Merdeka

Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dua entry terakhir di blog ini dalam Bahasa Melayu. Saya menjawap tidak tahu. Mungkin tahap kepekatan belacan dalam darah saya sudah tepu, mengatasi tahap cheese dan minyak zaitun. Lantaran lidah saya pun kelu nak bercakap bahasa penjajah dan senang sekali menulis dalam bahasa ibunda. Chewahhh…

Dasyat tak BM gua? Dasyat takk? Dasyatt takkkkk???

Bercakap mengenai belacan, saya ingin berkongsi perasaan jauh di lubuk hati. Mengenai nasi tomato. Ya, nasi tomato juga mempunyai tempat di hati saya. Kerana sifat penyayang saya yang bercampur gaul dengan sifat bitchy yang sangat sukar dibendung lagi.

Kisahnya begini, semenjak saya semakin menginjak usia remaja ini, saya telah rajin sedikit untuk memasak. Antara resepi-resepi baru yang saya cuba ialah nasi tomato. Saya telah membuat preparatory work terhadap resepi yang diguna pakai, melakukan back ground check terhadap penulis resepi itu dan lain-lain lagi. Oh, saya sungguh gigih sekali!

Dan berkat kegigihan itu saya telah dapat menyimpulkan bahawa peniaga-peniaga nasi tomato diluar sana adalah sangat KEDEKUT TAIK IDONG MASIN!! APSAL SUSAH SANGAT KO NAK TARUK KULIT KAYU MANIS TU LEBIH SIKIT KASIK WANGI NASIK KO TU? NAK KAYA CEPAT EH? MACAM NI LAH ORANG MELAYU MENIAGAAAAAA.. HAMPEHH!

Ops.

Maaf.

Jikalau saya tak belajar masak sendiri, pasti sampai ke tua kertu saya akan ingat nasi tomato adalah nasi putih beras tempatan yang berkaler pink-pink sedikit. Sabar jelah!

 

Ayam masak merah dengan tomato dan pudina

Gambar di atas ialah lauk ayam masak merah dengan pudina petik dari taman. Dan di bawah ialah nasik tomato tersebut. Sangat syok nasi ini, Azman makan bertambah-tambah.


Nasi Tomato mabelesss

Walaupun saya penat berhempas-pulas (entah apa dihempas apa dipulas) di dapur. Saya sungguh kecewa dengan sikap anak saya. Tak kiralah saya masak nasi warna merah, oren, kuning atau biru sekalipun beliau tetap nak makan sayur saja. Entah apalah nasib saya, mungkin saya terlalu banyak menonton bola sepak Malaysia semasa mengandung dulu. Terlalu banyak tengok sayur sampai anak saya keluar asyik-asyik nak makan sayur.. haishhh


Ayo tak sopannya makan sup sayur!

Walaubagaimanapun, budak Miki ini tetap buah hati saya. Sungguhpun beliau budak kecik yang ganas, suka menyepak perut saya semasa tidur hingga hampir terberak, dan sentiasa mengamuk jikalau Ben 10 tidak keudara di TV, Miki sebenarnya seorang budak yang manja.

Lihatlah cara beliau tidur dengan Daddynya di suatu petang…


Miki and Daddy

Baru-baru ini kami sudah pergi merayau-raya ke serata KL untuk mencari kasut raya Miki. Penat betul berjalan, tak jumpa-jumpa kasut Miki asyik terbeli kasut saya saja.

Akhirnya kami telah membeli sepasang Converse high cut warna merah untuk budak itu. Jimat sikit kerana harganya lebih murah dari Ralph Lauren yang saya idamkan. Miki adalah sangat berbangga dengan kasutnya. Ini adalah kerana kasut ini kasut bertali beliau yang pertama.


Kasut merah uols!

Mungkin kasut bertali membuatkan beliau rasa lebih dewasa. Maka beliaupun terus memakainya di rumah sampai tergolek-golek..

Tergolek2


Andainya saya rajin saya akan update lagi. Andainya takde update tu maksudnya saya malas laa tu.. Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua untuk hari-hari yang terakhir ini.

Dan Selamat Hari Merdeka! 🙂

Author: Diyana

7 thoughts on “Kisah Bergambar (lagi) – Kasut Converse, Ayam Masak Merah Berpudina dan Selamat Hari Merdeka

  1. masyaallah, sungguh menggugat keimanan gambar nasik tomato and ayam masak merah di bulan puasa ni. keduanya itu adalah masakan kegemaran i huhuhuhu

    kasut raya miki lawa tapi ikat2 ni masuk keluar rumah beraya jenuh mummy tertonggeng nak bukak ikat bukak ikat ye tak?

  2. Can u provide the recipe? Temptation is too strong this fasting month…especially involving yummy food for the tummy 🙂

  3. diyana nak tanya kat mana nak beli kids converse tu? miki pakai saiz apa? pernah cari dulu kat converse sunway n mid valley tp paling kecik 11 je. pernah jumpa saiz 9? kalau ada pls inform me ye.thanks

  4. This is the first time I’ve been to this blog, but I am your newest fwlooler! I can’t wait to see what kind of posts follow – Love the organized site, give-a-way (DUH!), and looks like frequent posts!!

Leave a Reply