Miki Si Pencinta Zombie

Berbual dengan si kecik Miki boleh mendatangkan gejala-gejala yang serius. Kadang kala beliau akan membuatkan saya senak pundi hempedu dan pada ketika yang lain, beliau membuatkan saya sungguh syahdu sehingga hampir menitiskan air mata.

Air mata tersebut boleh jadi air mata kegembiraan atau pun air mata kesakitan hati yang melampau-lampau. Item yang kedua sesungguhnya lebih sering berlaku.

Semalam ketika jam kira-kira sebelas malam, tiba-tiba Miki bangun dari katil dan menuju ke ruang kosong di bilik kami, tempat kami menunaikan solat. Budak kecik cinonet itu dengan muka serius berkata,

“Miki nak sembahyang..”

Maka berbunga-bungalah hati saya lantas menadah tangan bersyukur ke hadrat Illahi atas keberkatan bulan Ramadhan memberi nur ke hati anak kecil saya untuk bersolat. Sungguh saya amat berbangga kerana walaupun ibu dan bapanya sedikit America gila-gila remaja, tapi masih mampu mendidik anak yang soleh, mahu bersolat tanpa disuruh.

Selesai saya memuji-muji kebesaran Illahi, saya pun berpaling semua ke arah beliau,alangkah tergezut beruk nya sapa apabila melihat Miki sedang qiam dengan kaki berdiri rapat dan wajah tunduk memandang ke sejadah yang dibuat daripada….

BENDERA MALAYSIA!!

Pada saat itu saya berasa sungguh keliru! Patutkah saya ketawa berguling-guling dari atas katil hingga ke tangga hingga ke dapur rumah? Atau patutkah saya menyekeh kepala beliau berkali-kali atas cubaan berani mengikuti mazhab karut marut 1Malaysia? Akhirnya saya pun telah membentangkan kain sejadah yang betul dan bersolat lah beliau rukuk sujud bertabur-tabur tapi boleh lahhh….

Gang rambut kenteng (April 2011)

Gang senyum kepit (August 2011)

Sejak berusia 3 tahun ni, permainan kegemaran Miki yang sebenar ialah make-believe. Atau dalam bahasa saintifiknya beranganophilia.

Walaupun kata orang kanak-kanak yang berimaginasi tinggi cerdik orangnya, tetapi tabiat suka berangan ini adalah sangat menensionkan saya. Kadang kala saya terlalu tension hingga saya terlupa nak berangan membeli beg tangan baru dan menggayakannnya secara bercat-walk di sekeliling rumah. Pelik betul! Entah dari mana datang perangai suka berangan Miki itu…

Antara makhluk-makhluk aneh yang menjadi pilihan Miki untuk berangan adalah termasuk Ben 10, Spongebob, Animal Mechanicals dan makhluk paling ajaib ialah Hillary Duff. Begitu juga dengan haiwan, setakat ini kucing, gajah, ikan dan arnab. Cuba anda bayangkan ketabahan hati saya melayan seorang kanak-kanak yang amat yakin dan percaya bahawa dirinya seekor ikan emas?

Semenjak bulan Julai, Miki telah mempertingkatkan kecintaannya terhadap permainan Plants VS Zombies ke tahap yang lebih tinggi. Beliau bukan saya bermain game tersebut di Iphone dan juga komputer tetapi melakonkan watak semua zombies dan plants yang ada!

Jikalau anda ada bermain game tersebut, pasti anda akan tahu cara zombies berjalan, makan dan sebagainya. Miki boleh membuat lakonan semula zombie tersebut mengalahkan pelakon profesional. Ya, saya tak buat lawak, tapi saya sangat sakit otak. Ini kerana apabila beliau menjadi zombie, saya atau Azman terpaksa menjadi peashooter yang menembak beliau dengan mulut dan berbunyi ‘Powww…Powww..Powwww’.

Beliau akan memaksa kami berlakon sama baik dirumah mahupun di khalayak ramai. Andainya kami enggan, beliau akan mogok tak mahu makan. Jadi jikalau anda ternampak sebuah keluarga yang sungguh aneh bercakap dalam bahasa zombie di mana-mana restoran atau pusat beli-belah di daerah Puchong, tak perlulah hubungi polis mahupun Darul Syifa kerana itu hanyalah kami.

Tolong doakan saya tabah menghadapi anak wayang ini dan terus rajin mengupdate blog. Have a great week ahead!

Author: Diyana

4 thoughts on “Miki Si Pencinta Zombie

Leave a Reply