“Hi! Nama saya Miki! Hari ini saya tolong updatekan blog Mummy saya sebab Mummy saya malas. Semuanya salah saya jugak sebab haritu saya notti,saya jilat air hujan diatas jalan raya depan rumah. Nak buat camne saya tengok air tu cam best jer. Pastu saya pun terkena penyakit croup. Mummy kata ia sempenya bunyi pernafasan saya yang kurupkurup seperti memanggil ayam untuk makan. Apa-apa je lah, Miki pasrah nyah!
Oleh sebab Mummy saya sangat tension melihat saya sakit beliau telah meroyan dan memecahkan skrin komputer beliau. Kemudian Mummy saya menyesal giler dan tahap meroyannnya naik ke paras 8.3 pada skala Richter. Habis bergegar set Lego Miki taww! Miki syahdu okay!?
Daddy saya juga telah mengamuk sakan. Ini adalah kerana laptop tersebut merupakan hadiah harijadi Mummy saya yang ke 18 dulu. Sekarang umur Mummy saya 21 tahun jer baru. Laptop tu Daddy saya beli masa kat Jepun taww! Ish ish, Mummy saya itu memang dasar kacang lupakan kulit! Miki tak masuk campur, Miki buat muka nohin ajee..
Sehingga Mummy saya mendapat mojo nya kembali dan sehingga Daddy saya mengampunkan kesalahan Mummy saya yang tiada maaf bagimu ittew, biarlah Miki aje yang update blog ni, ok??”
Ni gambar masa jalan-jalan kat Melaka, masa ni Miki belum umur setahun lagi. Tapi masa tu pun Miki memang dah handsome dah..
Peace out!
Cimiki Chikadee
UUuu..Uuu…ngeri sungguh tahap ketensionan mama miki!…miki kena la berperangai baik..seperti uncle kepeh kepeh..walaupun mama miki potpetpotpet..uncle buat nohin aje… =P kepeh kepeh kepeh
skrin pecah? whoa miki punya mummy amatlah ganas ye. anyway, may you get well soon ya. nanti boleh main air huj….opps, lego puas puas 🙂
dasat tahap marah gaban mummy miki….rasanya kalau daddy miki bawak dia pi shopping sure dia cool kot….hehehhe pi la racun daddy miki
8.3 skala Richter tu boleh jadi Tsunadiyana tau.. =)
sian miki… mami miki x kasik minum air cukup2 ke?? sampai tgk lopak hujan pun telioq????
oo mama miki tu ada penyakit meroyan spisis kerbau tu.. kesian cimiki.. pis bro..
miki..nape la minum air lopak ujan tu..aunty tau miki jilat cepat2 masa mummy miki pandang ke lain kan..hahahhahaaaaa…kalaka la miki ni…
kem salam kat mummy miki yang meroyan tahap gaban tu..hahahhahahahaaaaa….
ahhh tolong kak D menaga~~
wahai cimiki,
miki, dengar nasihat uncle mu yg sekrang nampak lagi muda setelah clean shaven ni.
pabila ingin makan serangga dan segala jenis hidupan seni, pastikan waktu itu ibu mu berada di dapur ataupun sedang sebok melayan facebook dan twitternyer. dan ayah mu pula ketika itu sedang menyaksikan MU di kaca tv ataupun sedang mandi (ayah mu banyak masa terluang jadi susah sket nak lepas pandang dari pandangan org tua ini)
dan duhai cimik, jikalau anda sakit, silalah buat perangai mcm org sakit. duduk diam diam dalam buai ataupun tidur saja ye. HANG INGAT HANG SUPERMAN KA..BAGUIH SANGAT LA TU. SAKIT BUAT CARA SAKIT. maafkan uncle mu ini ya cimiki. sebentar tadi angin meroyan ibumu telah singgah di sini. dan semenjak ketiadaan aiman, uncle begitu sunyi huhuhu
yang benar,
uncle bani mu yg sudah kelihatan muda seperti 10 tahun yg lalu
Ye ke muumy miki tu tensyen sampai ke tahap tu…
Tulah miki…kenapa miki pi jilat air ujan tu…hehehehehe…sedap ke? Nak rasa sket…
HAPPY 15 MONTHS BIRTHDAY CHIMIKI CHIKADEE!
apsal bendera azman lain? aku pun nak tukar bendera la jugak
ko nak bendera lain pergila pindah Uganda
nippon ka?!