Cheering for my husband’s football team


This entry is written in my native language, Malay. Translation will be available upon request. By Alicia Keys.

Semalam hari Ahad 22 April, saya telah mengikuti suami saya, Azman ke kampus Politeknik Shah Alam. Azman ke sana untuk menyertai pertandingan bola sepak ramah-tamah persahabatan antara pasukan Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Muhamad Jiwa (ASAK) dengan pasukan Cikgu-Cikgu Mana Tah.

Saye ke sana kerana sangatlah sangap duduk dirumah seorang diri lagipun saya ingin bertemu dengan kawan baik saya, Kak Iena yang pasti akan kesana menemani tunangnya Fadzly. Walaupun Fadzly tidak pernah belajar di Sekolah jiwa-jiwa Mohamad Jiwa, dia telah dijemput bermain bersama kerana perutnya kempis pasukan tersebut tidak cukup bilangan pemain.

Maka, saya dan Kak Iena pun duduklah di kerusi panjang sambil menonton pertandingan bola sepak yang amat menarik itu.

Gaya penjaga gol ASAK amat menarik hati kami, beliau telah mengayakan pelbagai skil menangkap bola yang hebat termasuk aksi somersault berpusing dan gelek gerudi. Atas kehandalan beliau itu, lima biji gol telah berjaya disumbatkan oleh pasukan lawan. Tahniah diucapkan!

Selain daripada saya dan Kak Iena, keluarga Encik Gambo dan Encik Tallang juga ada di kerusi panjang tersebut untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan ASAK. Anak-anak Encik Tallang yang masih kecil adalah amat comel sekali terutama anaknya yang paling bongsu dan manja. Si kecil itu amat gembira melihat abahnya kembali ke kerusi panjang setelah pancit selesai bermain di padang lalu berteriak “Yea!!! Abah kalah!”

Ingin saye tekankan di sini kepentingan memperjelaskan konsep ertikata kalah dan menang kepada anak-anak anda sebelum membawa mereka menonton mana-mana pertandingan yang anda sertai. Kerana kanak-kanak memang tidak pandai berbohong!

Sedang saya dan Kak Iena asyik mengumpat bergosip mengenai peserta-peserta Akademi Fantasia yang kelima eh! ke yang keenam ye? Seorang pemain pasukan ASAK yang sedang menunggu peluang bermain menegur kami.

“Korang berdua ni student Politeknik sini ke?”

Saya dan Kak Iena telah terkesima dengan penuh kesyahduan lalu tidak dapat menuturkan sebarang kata-kata! Lalu dia telah menyambung soalan nya…

“Politeknik ni ada course ijazah ke?”

Oleh kerana telah lama saya meninggalkan arena lakonan teater yang amat saya minati, saya telah pun menggunakan peluang ini untuk mempraktikkan skil lakonan pentas saya.

“Politeknik ini tak menyediakan program ijazah, Cuma ada program sijil saja”

kata saya dengan muka konfiden tahap Sanjaya Malakar.

“Bagaimana dengan diploma?bla bla bla bla……”

Mamat tersebut terus membebel, pasti lakonan saya telah berjaya mengconvincekan dirinya!

“Itu saye tak pasti lah, kalau betul nak tahu nanti saya akan pergi bertanya di Hal Ehwal Pelajar (HEP)”

dengan itu saya dan Kak Iena pun tertawa besar dan terpaksa membuat pengakuan terbuka bahawa kami bukan lah pelajar politeknik tetapi berada di situ untuk menyokong pasangan kami bermain bola.

Saya dan Kak Iena berasa amat gembira sekali kerana kami yang tua bangka ini disangka pelajar politeknik lepasan SPM yang pastinya dalam lingkungan usia 18-19 tahun dan muda remaja. Oh, tidak sia-sia saya menggunakan syampu kelemumur untuk mencuci muka!

Selepas Sindrom KembangHidung menjangkiti kami selama 15 saat, barulah kami tersedar bahawa mamat tersebut bukan saja memuji kami secara tidak langsung malahan mengeji kami secara konseptual juga.

Oh Tuhan! Adakah kami kelihatan seperti gadis-gadis remaja yang jelita gedik bersorak ria di tepi-tepi bendang padang menyokong pasukan-pasukan yang tidak dikenalinya? Oh tidak, seumur hidup saya, saya tidak pernah berpelakuan gedik seperti itu! Nampaknya saya harus berusaha agar kelihatan lebih seperti seorang wanita dewasa. Huhuhuhu!

Author: Diyana

25 thoughts on “Cheering for my husband’s football team

  1. oleh kerana encik azman yang baik hati mintak saya comment, saya pun comment lah. comment saya: memang diyana ngan kak iena chumel-chumel belaka! keke =p

  2. Farah…
    Aku perasan sat saja…15 saat saja..itu pun hang nak berkira ka? chet!
    .
    .
    .
    Yuzmin…
    Thanks for your comment, buat susah2 saja….i am cute but are you Alicia Keys?
    .
    .
    .
    Nize…
    Thanks for your irrelevent comment… :p karaoke jom?

  3. Diyana,
    comment tak semestinye relevent, kite belajar dari komentator terkenal Hasbullah Awang..hah dia tu main gorenG jek!!.. ;-P
    lebih senanG comment yg x relevent lah..nampak tak sekima sangat..!! keh keh keh 3x
    jgn marah diyana..nanti cepat tua he he..

  4. Di(& Azman) where is ASAK? I mean I was from SMSS, which is Sekolah Menengah Sains Selangor, which happens to be in KL.

    It has been years that I have been trying to combine all the SMS in Malaysia into one huge Alumni! Ermm still in angan2 mode…..

  5. ASAK is actually Alumni Sains Kedah. my school, Sekolah Sultan Mohamad Jiwa (SSMJ) situated in Sg Petani, Kedah. before that, the school name was different..Sek Men Sains Kedah (SMSK). however, currently its known as Sek Men Sains Sultan Mohd Jiwa (SMSSMJ).

    you’ve a really good idea!!…but i believe its almost impossible..hehehehe..

    however… i support ur idea!yeah

  6. Hahaha…diyana …first time baca en3 diyana dalam bahasa Ibunda…wah!! terkesima kak lady membacanya…segala susunan ayat dan nahu begitu indah tersusun…hahahah…kak lady baca menggunakan bahasan baku tau….

    Beruntung azman ade isteri yang ala-ala cheerleader gitewwww…

  7. Saudari Diyana,

    Saya sangat teruja apabila membaca catatan blog saudari yang sungguh menghiburkan, sehingga saya hampir hampir terjatuh dari kerusi di pejabat akibat ketawa terbahak bahak yang amat sangat. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari, di atas keupayaan saudari menceriakan hidup saya di pagi yang indah nan berseri ini, meskipun saya sedang bergelumang dengan timbunan kerja yang telah diberikan oleh majikan saya. Saya berharap anda akan terus berjaya membuat catatan catatan yang lebih bernas serta mampu menjana pemikiran kreatif dan innovatif di kalangan masyarakat kita. Sekian, terima kasih!

  8. diyana, you can certainly pass as a highschool student! dah jenguk ur gallery. janganlah nak cepat beraksi seperti wanita dewasa, nanti menyesal tau 😉

  9. teringat sekolah mat jiwa yg kena cross country every friday…penat..penat…kena lalu kat tmn ria…

  10. Kak Lady,
    hehehe..tu akak lum tengok saye cakap arab lagi…pergh lagi berlagu akak baca entry saya siap dgn tajwid2 lagi..ehehe
    .
    .
    .

    Kehadapan Hazrina diingati,
    Sesungguhnya hatiku terus berbunga-bunga sepanjang hari..mengenangkan kepetahan mu memanggil diriku “saudari”..
    kerana status hidupku yang lapuk ini…hanya layak dipanggil Puan Sri…

    .
    .
    .
    Intan,
    Thanks for visiting my blog! agak melampau pujian u tu…hehehe.. senang2 pujilah lagi…ekekeke
    .
    .
    .
    Eza,
    Thanks for visiting! Sila datang lagi to read more about ur alma matter…

  11. Nano,
    Thanks babe! Come again….
    .
    .
    .
    Boogie,
    Selain dari nampak muda, saya juga sering dikatakan mirip kepada Mak Enon dari segi pembebelan dan pemerepekan. Saya khuatir jikalau mengikut nasihat Encik Boogie, saya akan memperkukuhkan lagi tohmahan ke atas saya yg kedua itu.. huhu

  12. Ur punye husband sekolah kat SMSSMJ tahun brape ya? Saya pun x-student SMSSMJ tahun 1980-1984. Saya tengah mencari maklumat tentang bekas classmate saya pada tahun 1984 ( kelas 5 Sc.2 ). Antara nama2 yang masih dalam ingatan:-
    1. Amad Shakir Bin Abu Bakar
    2. Abd Ghani Bin Othman
    3.Ahmad Sharifudin Musa
    4. Mohd Fadrisham Hanapiah
    5. Harith Bahrom
    6. Azhar Ahmad
    7. Anua Zainon
    8. Mohd Fadzil Yahya
    9. Saridah Abd Latif
    ……dan lain-lain..dah tak ingat dah!..Maklumlah dah tua bangka!

    Boleh tolong saya tak?
    OOh ya …satu lagi… ISKANDAR HJ SHEIK FADZIR ( Sempat dgn dia hingga tingktan 3 shj-1982)

  13. Mohd Yatim Idris,
    Suami saya muda sikit (walaupun jauh lebih tua dari saya); dia masuk tingkatan satu pun pada tahun 1989. Dia tak kenal nama2 tu katanya…

    Saya ada cadangan satu, maybe you should try all the online communities like Friendster, MySpace atau Facebook. Insya Allah you can find a lot of old friends there…

    Being IT or internet savvy is influenced by the age factor, maybe not many of your friends ada dalam community2 tu… but try lah! manalah tahu! 🙂

  14. I nak respon kepada Mohd Yatim Idris yg bertanya mengenai rakan-rakannya 80-84 macam mane nak contact dia. Kalau mohd yatim baca minta call saya 0133410952 bob

  15. Salam

    ASAK ada maklumat lanjut ker….tengah mencari geng lama sekitar SPM 82, tapi tak jumpa lagi sumber rujukannya. Boleh bantu

  16. AzamKassim is a super senior at Sains Kedah. The first badge to complete 5 years there, tak sempat nak jiwa-jiwa

    Untuk adik-adik yang nak join Asak “family” boleh contact me : azamkssm@yahoo.com

    Saya banyak juga join Asak programmes samada official ke tak dan selalu juga ke sekolah lama dan jumpa cikgu dan kawan2 lama.

    Latest on ASAK unofficial calendar:
    COMING SOON in Kulim on 26/03/2101 at 8.00PM
    KULIM INN, Kulim, Kedah.
    Dinner and sembang-sembang

    For more info e-mail je kat saya atau call trus 013-433910

    See U there. Come and join us

Leave a Reply