Dua tiga hari ni, si kecik Rafa macam behave sikit dan tak berapa clingy sangat. So I have extra 30 minutes or so to sit in front of my laptop and browse through my own blog.
That’s when I realized that I have 28 blog drafts waiting to be published! 28! Adoi la sayang nya… kenapa tak publish aje kan? Kesian betul… banyak cerita-cerita Rafa and Miki yang kalau tak jot down dalam blog ni memang akan lupa begitu saja… Aku dah la nyanyuk lagi pelupa. Kesian MikiRafa….
One of the drafts that I found is this… about how we celebrate Miki’s 6th birthday. Quite an important milestone kan? Kena la tulis kat blog…
Anyway, masa birthday Miki tu, Azman takde sebab pergi Shanghai dalam dua minggu. Alaa… tak dapat celebrate sesama… So party pun tak buat. Tapi nak bagi Miki happy aku pun arrange dengan kawan aku Zira. Zira hantar anak-anak dia, Danish and Zarra kat Mama Rose, the babysitter.
So Miki and Danish ni memang sejak kecik lagi dah kawan dan ada gak buat aktiviti-aktiviti sama-sama.
Masa birthday Miki yang ketiadaan Daddy tu… mula-mula kami makan kat Secret Recipe kat Giant Mall Kinrara depan rumah tu je ha… Tu kek birthday Miki 3 slice je hehehe…
Zira ni sangat best sebab dia orang Kedah dan cakap banyak hahaha… Jangan main-main minah ni humble je tapi dia big boss kat Felda wooo…. Aku pun humble gak tapi aku big kuli je kat opis aku. hahahaha
Lepas makan kami pun pergi naik kereta Zira ke “Farm in the City, Petting Zoo”. Tempat ni dekat je dari rumah kitorang dalam 10 minit je kat Sri Kembangan. Kalau korang tak pernah pergi, location dia ialah kat belakang Giant Sri Kembangan yg ada simpang yang suka jam cam haremmm pagi-pagi tu… ugh!
Miki and Danish. Miki umur 6 tahun on the dot dan Danish 2 tahun lebih tua tapi dia sangat tinggi dan handsome.
Rafa dan Zara yang gebu mata bulat. Zara ni punya lah baik ya ampun senang nye la nak jaga. Ada sekali tu Zira nak pergi toilet dan cakap kat dia, “Zara duduk kat stroller ye tunggu Mama..” Pastu dudukla si Zara lepak je kat stroller tu sampai mak dier datang, stroller tak pakai belt pun.. adoiii… Kalau Rafa aku tinggal tanpa tambat kat tiang ke mana pakai rantai basikal, aku keluar dari toilet confirm dia dah terjun masuk kandang buaya, ular sawa mahupun kolam ikan untuk berenang bersama-sama keli afrika. Serious… usahkan Rafa, Miki pun aku tak harap la sangat…
Sesungguhnya Rafa memang takde perasaan takut. Biawak oren kat bawah ni kalau diberi peluang Rafa akan peluk cium bawak balik rumah.
Binatang rusa ni pun dia tak takut tapi dia cuak sikit masa ada seekor kambing tu datang meluru kat dia nak mintak sayur kangkung.
Miki masa kecik-kecik penakut tapi semakin besar semakin OK. Bawah ni gambar Miki yang suruh tangkap masa dia posing dengan kura-kura.
Actually aku sangat suka la Farm In The City ni sebab binatang dia banyak, kawasan bersih dan boleh bagi makanan kepada binatang secara free flow tak payah beli. Both Miki and Rafa sangat suka animals dan suka sangat part bagi-bagi makan binatang ni..
Yang pakai topi kat bawah ni bukan binatang tapi pekerja.
Itik buat sarang kat tengah-tengah pokok tu… cute! diorang dah buat zoo ni macam habitat yang selesa…
Muka excited!
Muka stress nak turun stroller dan panjat belakang kura-kura giant tortoise…
Sepanjang-panjang kitorang kat petting zoo ni Rafa mmg duduk stroller je. Pastu aku kesian tgk dia and aku lepaskan lah dia dari stroller tu..
Pastu….
Aku pun mengesal….
Kenottian Rafa tak dapat dibendung lagi. Dia nak panjat masuk kotak anak ayam. Bila aku bagi dia pegang anak ayam tu dia picit sampai anak ayam tu menjerit-jerit tak rela…
Masa kitorang masuk kat area arnab dan guinea pig tu, Rafa punya happy tahap gaban… dia tangkap sendiri guinea pig yang besar-besar tu pastu macam nak cium-cium. Bila geram sangat dia picit guinea pig tu sampai binatang tu mencecet-cecet mintak lepas. Kesian giler kot! Dah la comel tapi nama pig pastu duduk dalam zoo buat kena picit budak. haishhh….
Miki yang comel!
Zara and Rafa tengah usha tortoise dalam kolam..
Adaka patut aku pi tanya kat Zoo Keeper tu camna korang buat ekor burung merpati ni jadi kembang… rupanya mmg breed burung ni ekor kembang-kembang ko… mana lah aku tahu. Ingatkan merak je leh kembang bontot… burung ni diorang bawak dari Amerika Selatan ke Afrika ke mana tah..
Jinak-jinak semua birds and cantik-cantik..
Ada swan!
Dalam banyak-banyak aktiviti yang dibuat kat petting zoo tu yang paling best untuk Miki ialah pony ride. Nak jadi cerita, masa kitorang kat area pony tu Faizal Ismail (FBI) dan Bell Ngasri ada tengah shooting rancangan apa tah…
So dapatlah Miki and Danish masuk TV sebab jadi model kanak-kanak yang naik pony tu. hehehe….. Aku and Zira tumpang bergambar je lah!
Petting Zoo ni kids masa nak keluar diorang kasi certificate. Miki sangat suka la benda-benda nak buat colection ni… Sejak birthday Miki in January tu kitorang dah tak pergi dah petting zoo ni.
Sekarang kalau nak pergi mesti kena ada Azman la sebab aku tak terkawal anak-anak dia yang sihat cergas tangkas tu. Akhir kata terima kasih Zira sebab belanja kitorang dan drive kan kitorang… Terima kasih banyak and hopefully lepas ni boleh buat activities sama-sama lagi… 🙂
For those looking for info about Farm in The City :
Opening Hours:
Wednesday – Friday : 10am till 6pm
Saturday, Sunday, School/Public Holidays : 9.30am till 6pm
Additional tickets can be bought at normal entrance fee which is RM48 and RM38 per adult and child below 12 years old respectively. Please present your MYKad to get promotion price of RM30 and RM25 per adult and child below 12 years old respectively. Thank youChild below 90cm in height is FOC.
Senior Citizen above 60 years old will enjoy child rate.
Rosdie Shamsul liked this on Facebook.
Yas N Elmi liked this on Facebook.
Nurul Hasni liked this on Facebook.
Farah Qursiah liked this on Facebook.
Miki lagi macho dari mamat topi tikus tu…
Fiza Belle liked this on Facebook.
Haishhh mamat topi tikus tu retiss kot…. Tima kasih la kat Bell and FBI sebab membuat celebrity appearence kat birthday celebration Miki. Ehhehehe walaupun Miki x kenal depa sapa hehe Azman Aziz
Reshmamu Taran liked this on Facebook.
Anita Azizan liked this on Facebook.
Diyana Yang br baca weii byk la hang punya bos besaq kat felda tu padahal kuli batak saja. Lama sungguh hang peram story dr aku x preggy smp tunggu masa nak meletop
Hana Kamaruddin liked this on Facebook.
Nor Azira Abu Bakar liked this on Facebook.
Aishah Kamal Rejuvy liked this on Facebook.
Maz Abdul Kadir liked this on Facebook.
Siti Fatimah liked this on Facebook.
Noor Syahida Hamir liked this on Facebook.
hehehehe… aku punya tahap busy tak menentu la Zira… BTW aku dah beli baru thermal bags dengan cooler pad untuk susu. tapi Miki taka Danish pergi rumah Mak Long dia so aku tak pass lagi kat Mama Rose. Isnin nanti aku bg. sorry naa… Nor Azira Abu Bakar
Ala takpa tak payah susah2 beli baru.
aku beli pun yang murah je.. huuuuhuhuhuhuhu *malu Nor Azira Abu Bakar
Azamiah Karim liked this on Facebook.
Yasmin Rahman liked this on Facebook.
Wahh seronoknyaaa..ingat nak bawak anak-anak juga nanti inshaAllah.
Salam perkenalan 🙂
Salam kenal Nadiah… mmg best tempat ni kami pun nak pergi lagi dengan Daddy budak2 ni lah sebab dia tak pernah pg lagi.. 🙂