Kisah Bergambar – Ikea Ramadhan Buffet, Jalan Tunku Abdul Rahman dan budak terkejut

Amaran – Entri ini dalam bahasa Melayu sopan santun.

Semenjak-dua menjak tahun 2011 ini saya sudah jadi sangat malas menulis belog. Sering kali saya rasakan seperti sudah hilang keupayaan untuk menulis cerita baik dalam bahasa Melayu, bahasa penjajah apatah lagi bahasa Arab.Tapi bahasa Arab tu memang tak mungkin lah kerana satu-satunya ayat bahasa Arab yang saya tahu ialah “Yusuffffff Taiyooooobbbb”

Eh..itu nama orang!

Tahap kemalasan saya kini memang sudah menjadi-jadi. Mungkin kerana pekerjaaan saya di pejabat yang agak sibuk menyebabkan saya teruja untuk muntah darah lima belas bakul apabila memandang komputer riba saya di rumah. Tapi saya layan juga mesin Viao tu, cuma untuk membuang masa di Facebook lah..hehe..

Pagi tadi saya sangat berkobar-kobar bersemangat waja untuk pergi mencari sesuap nasi di pejabat. Saya bangun sungguh awal, menggosok baju kurung hijau saya, mencuci rambut dan meniupnya. Dengan pengering rambut bukanย  dengan mulut.

Ini adalah perkara-perkara ajaib yang mungkin mukjizat bulan Ramadhan. Kerana 99% hari bekerja saya ialah memakai pakaian tak perlu gosok dan rambut sememeh bangun tidur.

Setibanya saya di rumah Mama Rose, penjaga anak saya, saya perhatikan rumah gelap dan pintu bertutup. Tapi saya hantar juga Miki kepada anak beliau yang berusia belasan tahun. Sedang saya memandu kereta ke tempat kerja, Mama Rose menelefon saya dan memberitahu bahawa beliau di hospital bersama suaminya yang tidak sihat.

Maka pulanglah saya dengan baju kurung hijau bergosok rapi dan rambut bertiup kembang dengan pengering rambut Panasonic.

Maka suri rumah sepenuh masa lah saya hari ini nampaknya..

Budak dalam gambar dibawah inilah anak saya yang tiada babysitter itu. Hari ini 17 August 2011, budak ini baru berusia 3 tahun 7 bulan.

Dan beliau sangat kuat makan.

Gambar ini diambil hujung minggu lalu apabila kami berbuka puasa di Pizza Hut. Sebenarnya ketika ini masih belum masuk waktu namun budak tak paham base ini sudah membaham setengah pinggan spaghetti kegemarannya.

Tiba-tiba beliau meletakkan garfu dan berkata “Eh Miki lupa nak baca Bismillah…” lantas mengangkat tangan dan berdoa.

Kemudian beliau sambung makan pizza pula…

Sebenarnya tahap kemalasan saya bukanlah tertakluk kepada penulisan blog saja. Saya juga sangat malas memasak untuk sahur kerana… kerana… ok saya tiada alasan kecuali malas semata-mata.

Maka apa yang saya lakukan ialah masak lebih sedikit semasa berbuka dan panaskan makanan yang sama untuk sahur. Kira ok lah tu.. daripada saya ke kedai mamak 24 jam pukul 4 pagi seisi kelurga.

Gambar dibawah ialah sebalang serunding daging pembuka selera semasa bersahur.. Makan dengan nasi panas sedap juga. Saya sering memaksa diri untuk makan sedikit semasa sahur kerana di bulan puasa saya sering dilanda masalah kekurusan melampau di mana tulang-temulang saya akan kelihatan lebih prominent daripada boobies kulit.

Oh ini adalah sungguh tidak sexxsayyyy sekali. Tidak mengapa..saya akan terus berdoa untuk menjadi Beyonce tidak lama lagi. Amin!

Serunding daging…

Gambar dibawah ialah teman baru saya di dapur. Namanya Kak Long Tupperware. Tugasnya menyimpan beras secara bergaya. Selama ini saya menyimpan beras dalam kampitnya. Kemudian saya masukkan pula dalam container kedap udara dan disorok di dalam kabinet dapur bahagian bawah.

Ini menyebabkan saya perlu tertonggeng-tonggeng setiap kali nak masak nasi. Jikalau saya Beyonce, tertonggeng-tonggeng mungkin menarik lah juga, sayangnya saya hanyalah Kate Moss… Eh macam taknak kalah pula! hehe

ย 

Tupperware Rice Dispenser

Bercakap mengenai dapur saya dan suami saya masih lagi pekebun organic tegar walaupun hanya kecil-kecilan. Kini kami bertanam bendi, sawi dan bayam disamping pelbagai tanaman herba kegemaran saya.

Gambar di bawah ini ialah saya dengan yang cuba berselindung di sebalik sehelai daun bayam supaya anda tak nampak jerawat saya. Hehe! Sebenarnya suami saya sedang menggunakan muka saya sebagai benchmark untuk membuktikan betapa suburnya tanaman bayam beliau tanpa baja kimia mahupun racun serangga.

Bayam besar ini sengaja kami tidak tuai untuk mengutip benihnya. Tingginya 5 kaki dan daunnya seperti yang anda lihat mengalahkan daun keladi. Saya tak berani makan sayur dari pokok ini kerana takut tiba-tiba saya jadi mutant pula. Tapi bila difikirkan balik, mungkin saya patut cuba, manalah tahu zat bayam gergasi boleh menjadikan saya Beyonce.

Tak abis-abis Beyonce… Dah macam Sepah dengan Dafi pula..

daun bayam giant

Semalam kami telah pergi ke IKEA untuk berbuka dan menabur duit secara suka-suka tanpa mengira keadaan penduduk Somalia yang berperut buncit.

Sukalah hati saya melihat pakej buffet tersedia. Dengan harga RM40.00 untuk dewasa dan RM19.90 untuk kanak-kanak. Oleh kerana masakan barat adalah sangat mesra alam dengan tekak saya, saya telah mengambil beberapa gamba dengan tujuan memberi cadangan berbuka kepada kawan-kawan pembaca blog.

Tiba-tiba seorang pekerja IKEA menegah saya dari mengambil gambar makanan. Oleh kerana saya seorang DIVA yang kurus, saya sangat tidak suka dilarang dari berbuat apa-apa.Namun di hari baik bulan baik saya pun menjawap OK saja.

Sesungguhnya sangat banyak hotel-hotel mewah dengan buffet bernilai hinggaRM100 ke atas menjemput saya makan percuma semata-mata supaya saya ambil gambar-gambar hidangan mereka, berikan ulasan dan paparkan di blog saya yang tak seberapa. Ini dengan harapan pembaca blog saya akan terliur lantas terus membuat tempahan berbuka di hotel mereka.

Namun IKEA tak mengerti kepentingan perkongsian visual di kalangan masyarakat masakini. Dengan itu saya ucapkan WAKLUUU kepada IKEA dan by the way, biskut ko lemau!

OOps…

Cookies and chocolate at IKEA Ramadhan Buffet

Gambar di bawah ialah anak teruna saya. Entah mengapa dia buat muka seperti nampak Beyonce di Jalan TAR saja. Pada masa ini saya sibuk memilih kebaya nyonya merah menyala untuk dipakai di pagi raya.

Apakah warna tema anda semua? Saya ucapkan selamat berpuasa semua!

Budak terkejut

Author: Diyana

12 thoughts on “Kisah Bergambar – Ikea Ramadhan Buffet, Jalan Tunku Abdul Rahman dan budak terkejut

  1. Hai D..salam kenal..rasanya i ikut blog u ni dari miki awal 2thn then tetiba i stop xtau la psl pe (bukan sebab blog u sebab i pun malas kot). BTW u’re a U mate of twins (zaida/suhaida) which happened to b my school fren. Lepas tu baru i tau u hang out juga dengan azzamoro which happened to b wife my school fren juga (mmmmm…berbelit).. Okalah..salam perkenalan again..selamat berpuasa..i suka blog u…entry ni best

  2. setiap kali baca entry BM dayen, k.n mesti rasa nk pensan kekekek :p. Kimsalam kat budak tak puasa tu ye?

  3. Ada ke orang masak lauk sahur? Mak saya pun dari saya kecik sampai sekarang pun perangat balik ja lauk berbuka semalam. Senang hidup!! Hihi. Gambaq piza itu…argghhhhh sabaq ayaq sabaq.

  4. wakakakaka.. malas berblog pun entri tetap best dibaca. santaiiiii.. selamat berpuasa ๐Ÿ™‚ tlg cubit pp miki, jauh tangan tak tercapai

  5. Lawak pulak bila baca entry D dlm BM…..macam baca karangan lak hehehe. Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Hari Raya buat D and family.

  6. wakluuu… hehe lama x dgr istilah tu dah. tp betul la tu, org baru nak drool2 dah x bole. padahal time posa2 ni la senang org nak terpengaruh dgn dakyah2 dan kempen recipe/buffet place mcm ni. kereks sungguh pekerja itu. IKEA, ur loss!

  7. Hai… Entry dlm bahasa melayu lebih menarik la. Cuma mungkin pembaca akan jadi semakin kecil la kan? Btw, cerita yg sgt menarik.

Leave a Reply